Sunday, December 27, 2009

SEKILAS PANDANGAN TERHADAP MESIR


Sabtu (26/12/09) 09 Muharram 1431

SEKILAS PANDANGAN TERHADAP MESIR

Sejarah ringkas berkenaan dengan Negara Mesir :

Ketika di Zaman Pemerintahan Islam iaitu pada Tahun 969-1771M–567H ianya dikenali sebagai Dinasti Fathimiyah. Gelaran tersebut adalah di ambil daripada keturunan Fathimah iaitu puteri Rasulullah s.a.w yang telah melakukan bebapa serangan terhadap Mesir sejak abad ke-10, akan tetapi telah dikalahkan oleh tentera Ikshid pada tahun 969M.

Rentetan daripada itu, antara peninggalan yang paling bernilai ialah Jami’ al-Azhar yang berfungsi sebagai pusat pendidikan yang tertua sehingga sekarang. Hakim bin Amirillah adalah seorang yang merupakan pengasas atau tonjak utama dalam mendirikan dan mewujudkan penubuhan al-Azhar yang bertahan sehingga dua abad lamanya yang akhirnya diteruskan oleh penguasaan Dinasti Salehuddin al-Ayubi iaitu Dinasti Ayubiah. Kewujudan Salehuddin al-Ayubi memberikan nafas baru kepada institusi pendidikan al-Azhar merubah daripada Syiah kepada Sunni.
Mesir juga merupakan Negara yang mejoritinya adalah terdiri daripada golongan penganut Islam iaitu sebanyak 94% dan bakinya Kristian Koptik 3%, Yahudi dan lain-lain 3%.

Terdapat 27 negeri dalam Mesir dan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Utara, Selatan dan bahagian Dataran Sinai. Negeri-negeri tersebut adalah :Kaherah, Giza, Daqaliyyah, Syarqiyyah, Buhairah, Iskandariah, Qalyubiyyah, Gharbiyyah, El-Menia, Suhaj, Qena, Manufiyyah, Asyut, Karf Syeikh, Faiyyoum, Bani Suef, Aswan, Dumyat, Ismailiyyah, Port Said, Suez, Matrouh, Sinai Utara, Sinai Selatan, El-Wadi El-Jadid, Bharul Ahmar dan Luxor.

Kali pertama menjejaki bumi anbiya’ ini terasa terkejut kerana dulunya ianya adalah merupakan negara yang dipenuhi dengan padang pasir sekarang membangun dengan pesatnya bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tetapi ada juga kesan-kesan peninggalan sejarah yang masih lagi dipelihara antaranya kubu Salehuddin al-Ayubi yang masih wujud dan kukuh walaupun telah dimakan zaman. Untuk pengetahuan bumi Mesir kebanyakan daripada kawasannya 94% adalah daripada kawasan Padang pasir. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya banyak debu dibumi Mesir.



Walaupun begitu, Mesir juga kaya dengan sumber airnya iaitu Sungai Nil yang menjadi punca rezeki bagi penduduk disekitarnya. Ada di antara mereka ekstrim kepada Sungai Nil sehingga apabila mereka mengerjakan umrah atau haji mereka tidak memandang akan air zamzam sebagai air yang lebih hebat daripada air Sungai Nil mereka.
Mesir mempunyai empat musim iaitu Musim Panas (Mei-Julai). Musim Luruh (Ogos-Oktober), Musim Sejuk (November-Mac), Musim Bunga (Fabruari-April).

Di masa ini adalah musim sejuk yang rata-ratanya sekitar 23 kebawah. Boleh dikatakan sejuk juga. Seperti dalam peti sejuk..membuatkan diri ini dalam serba kepayahan untuk ke kelas. Namun begitu ku kuatkan semangat untuk terus berjuangan dalam mencapai apa yang dihajati selama ini..insyaallah..

Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah berkenaan suasana ketika menyambut Ramadhan al-Mubarrak di mana suasanya tidak sama di Malaysia. Saya ambil contoh sekiranya di Malaysia kita dapat lihat rata-rata kebanyakkan rakyat Malaysia ketika menyambut Ramadhan meraka lebih gemar ke Pasar @ Bazar Ramadhan untuk membeli pelbagai juadah ketika berbuka. Tetapi tidak di Mesir kerana mereka tidak dihidangkan dengan sedemikian rupa. Mereka lebih gemar membaca al-Quran ketika menanti Waktu Maghrib @ lebih senang di panggil waktu berbuka. Kalau kita berjalan ke mana sahaja kita akan melihat rata-rata mereka akan bertungkus-lumus untuk membaca al-Quran. Tidak kira meraka berada. Dalam Bas, dalam pejabat, ketika berkerja, ketika menunggu bas. Apa jua keadaan mereka tetap membaca al-Quran. Ini lah yang dipanggil Roh semangat Ramadhan yang sepatutnya berada di setiap dada Umat Islam. Ini kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan digandakan berlipat kali ganda berbanding di bulan-balan yang lain.

Rakyat Mesir kaya dengan sifat sedekahnya ketika dibulan Ramdhan. Mereka akan memberikan apa sahaja yang ada di sisinya untuk berkongsi juadah ketika berbuka. Kalau kita pergi di setiap pelosok Masjid atau di mana sahaja pasti ada sahaja juadah berbuka puasa. Perlu diketahui bahawa di Mesir tidak wujud surau atau musalla, malah ke semua tempat sembahyang di kenali sebagai Masjid. Maka ini menjadikan bilangan Masjid yang ada di Mesir begitu banyak dan ada yang kedudukannya bersebelahan sahaja. Kalau dilaungkan azan, maka bergema seluruh angkasa.

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchiThings.Com - House Design Plans