Thursday, December 31, 2009

Hukum Sambutan Tahun Baru



Manusia secara amnya kebanyakannya sudah terbiasa dengan sambutan Tahun Baru (Masihi)..

Kebannyakan mereka lupa akan hakikat hukum sebenar disisi agama,berkenaan sambutan sedemikian..Apabila tiba sahaja Tahun Baru bakal menjelang,maka mereka berdondon-dondon mengimarahkan majlis yang penuh dengan pelbagai sajian yang melalaikan umat Islam khususnya..Bahkan lebih teruk lagi ada segelintir dikalangan mereka yang menyambutnya dengan majlis-majlis maksiat seperti minuman keras,persizaan dan sebagainya yang sudah semestinya mendapat kemurkaan Allah SWT dan secara tidak langsung mendapat bala daripada-Nya..

Perlu diketahui bahawa bala yang diturunkan oleh Allah SWT tidak dikhususkan kepada mereka yang melakukan kemungkaran sahaja, bahkan ia meliputi semua golongan tidak kira mereka yang melakukan kemungkaran mahupun yang beriman..sebagai contoh, bala yang berlaku di Aceh dan sebagainya..

Menurut satu pendapat, ianya adalah harus. Hukum harus ini bersyarat, antaranya ialah sambutan atas dasar uruf atau adat dan bukannya dianggap sebagai satu bentuk perayaan keagamaan. Sambutan juga perlu dihindari daripada sebarang bentuk hiburan ataupun perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.

Pendapat yang lain menyatakan bahawa sambutan tahun baru masihi adalah haram. Sambutan tahun baru tidak memberi apa-apa makna dalam Islam dan tidak perlulah mengagungkannya. Sambutan tahun baru yang sebenarnya ialah termasuk dalam salah satu perayaan Kristian yang meraikan kelahiran Tuhan Jesus (Tuhan anak dalam Kristian).

Sabda Rasulullah s.a.w :

حدثنا عثمان بن أبي شيبة، ثنا أبو النضر، ثنا عبد الرحمن بن ثابت، ثنا حسان بن عطية عن أبي منيب الجُرَشي، عن ابن عمر قال:
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "من تشبَّه بقومٍ فهو منهم".

Terjemahan: Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka

Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.

Oleh itu, sambutan tahun baru ini sama sekali bertentangan dengan syariat Islam dan bersifat syirik.

Sebagai umat Islam yang mengakui keimanan kita terhadap Allah dan RasulNya, kita hendaklah sedar bahawa tidak ada istilah tahun baru dan tahun lama kerana tanggungjawab kita ialah sentiasa patuh kepada perintah Allah tidak kira masa, bermula kita mencapai umur baligh sehinggalah kita masuk ke dalam lubang kubur.

Firman Allah S.W.T:

"Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin*"
(Al -Hijr, ayat 99)

*Perkara yakin di sini bermaksud kematian. Setiap yang hidup pasti akan melalui kematian.

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini (Eidul adha) adalah perayaan kita".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sekian, wallahu'alam.

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchiThings.Com - House Design Plans